Background

Thursday 11 April 2013

Percutian 2H 1M di GENTING HIGHLAND



Assalammualaikum semua...

Agak lama juga tak update my blog ni hal maklum lah sibuk dan kdg2 terlupe pn ada..hhuhuhu..
Baru-baru aku dan family bercuti di Genting Highland pd 6 hingga 7 April 2013 saja jln2 ikut my husband ada gathering dengan geng kereta RVR..aku pun kali pertama jejak kaki di sini tp my husband dh masuk 5 kali...

Hari pertama di sana memang sejuk kabus tebal giler2 angin sejuk lagi mcm oversea lah....memang kene pakai baju tebal..tapi hari kedua seperti cuaca biasa sahaja panas tp tidak terlalu panas lah angin sejuk masih terasa lagi..Di sana kami menetap di hotel First World alah hotel yang wana wani kalo dari tempat mainan indoor mesti Nampak sebab ia merupakan latar belakang. Semalam duduk hotel tu RM188 boleh thn juge lah tp kecil je sarapan xde kalo nak sarapan RM250 keatas..

Hal maklumlah kat sana sume barang boleh dikatakan dua kali ganda kalo nak cari brg RM 1 mmg xde lah  air mineral 500ml pn RM2.50. kalo kat tempat kite dh dpt mineral besar kan..tapi kalo nak pergi lagi bw bekal lah stok2 maggie, 3in1, roti, dan ape2 yg senang lah..

Di sini tak ade yang menarik sgt pn setakat mainan je..tapi sape nak bermain puas2 kat sini ok lah kanak2 suke lah mmg syurga permainan pun.





kite jumpe lagi sampai sini je dpt menulis....tapi bagi sesiapa yang ingin berehat dan tenang kan fikiran ok lah dtg sini..tapi kene bw ong kosnye byk2 ye....



Friday 6 July 2012

Alhamdullillah...

Alhamdullilah..hari aini genap aku 100 hari melahirkan anak yg ke2..seorg putera yang diberi nama MUHAMMAD ALI HAMKA BIN MOHD HELMI. Walaupun niat dihati inginkan anak perempuan tp dah rezeki dpt boy lak..ape2 pun alhamdulllilah..dia lahir sihat n sempurna sifatnye..
Tapi aku merasa kecewa juge kerana x dpt lahirkan dia normal..walaupun jln dah buka 7cm tp aku xde rezeki nak lahirkan normal..mungkin ini ketentuan Allah S.W.T aku redha akan ketentuannye..
Kalo ade rezeki kelahiran ke3 aku ingin cube lahirkan cara normal..tp org kata kalo dah dua2 operation susah untuk normal anak ke 3..tp itu semua kehendakNYA..tapi utk kelahiran ke3, 5 tau 6 thn lg la..sbb ikut nasihat doctor…
Dikesempatan ini juge aku nak kongsi rahsia menjadi slim selepas bersalin..selepas bersalin anak kedua , aku tlh menggunakan koset utk kembalikan berat bdn aku seperti sediakala dulu..aku hanye dengar shj org cerita ttg koset ini tp aku mmg rase hendak memakainye beberapa dahulu tp apekan daya tgh mengandungkan si ali x dpt la pakai..
Selepas je bis sebulan bersalin aku pun mula memakainye….tidak dpt aku byangkan betape menakjumkan….dlm masa dua minggu pinggang aku yg pas bersalin 30’ terus jd 26’ inci.. sehingga lah sekarang aku memakainye berat badan pas sebulan aritu 54kg sekarang sudah hampir normal ke 48kg..tp aku akan cube lg utk dptkan berat asal dulu aku 45kg…aku pasti akan dapt n keizinan dari Allah yang maha Esa..
Pada meraka yang ingin jadi seperti saya ape salahnye mencube kerana anda akan tahu keajaiban nye..
Koset ini sesuai utk mereka selepas bersalin iaitu dlm pantang kerana ia menyempurnakan tempoh pantang kite dgn lebih menakjubkan…
Belom cube belom tahu…
Kalo ingin keterangan lebih lajut boleh hubungi atau email saya :

012-2951375
halin_83@yahoo.com.my




Wednesday 21 March 2012

Menghitung hari....


Menghitung hari detik demi detik...


Tinggal kurang sepuluh hari lagi aku akan melahirkan anak kedua..
Perasaan sama sahaja mcm anak pertama dahulu takut dan macam2 la..tapi ku harap anak kedua ni aku dapat lahirkannya secara normal..
Kerana anak pertama cesarean…

Ku mohon padamu Ya Allah semoga aku dapat lahirkan anak kedua ku ini secara normal kerana aku ingin menikmati keindahan kelahiran secara normal…amin…

Dan pada semua family ,rakan dan sahabat handai doakan aku selamat melahirkan anak kedua ini secara normal, sihat  kedua-duanya dan sempurna hendaknya…aminn..

Friday 3 February 2012

04 FeBRuaRY 2012



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-MuEngkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman.
Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


 Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

 Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya AL Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin...